Pages

Tuesday, July 22, 2008

keindahan sg yu k.lipis dan jeram besu benta

inilah dia jambatan gangtung sg yu di kuala lipis on d way jln merapoh-g.musang.

















ini muara sg yu...sapa2 penat memandu bolehlah berhenti mandi kt sini...sesuai sekali bg kanak2...mesti syok punya











lihatlah keindahan sg yu...airnya yg jernih dan tidak tercemar....cuma jambannya kotor busuk x de air paip...sapa2 prihatin tlg adukan masalah ini pd PBT (pihak berkuasa tempatan) kuala lipis






ini masjid di bandar benta phg...atas bkt...singgahlah solat kat sini ye.......





















ni pasar kecil kt benta tempat jual abc dan lain2 minuman & makanan ringan....













ini dia pintu masuk ke jeram besu...tempat rekreasi dan riadah...tp awas jgn mandi di sini nanti anda akan lemas....disini hanya sesuai utk sukan aktiviti lasak dan kem bina semangat
















inilah keindahan panorama di jeram besu benta phg.....

Monday, July 21, 2008

bimbang senario politik semasa

anda bole membaca artikel penulis di mstar online ruangan pendapat. sila klik bimbang senario politik semasa

Pendapat
Bimbang senario politik semasa11-07-2008 09:54:11 PM
SAYA berasa bertanggungjawab untuk memberi pendapat dan komen apabila melihat senario politik semasa. Saya percaya ramai yang ingin berkongsi pendapat dan komen apabila melihat keadaan politik yang agak mencemaskan dan merisaukan.
Apa yang rakyat harapkan apa sahaja yang berlaku keamanan dan kesejahteraan rakyat dikekalkan. Generasi selepas merdeka diberi peluang hidup dengan aman setelah melihat bagaimana perit dan menderitanya generasi sebelum merdeka ketika era penjajahan.
Tetapi peranan yang lebih besar sebenarnya adalah pemimpin kerana pemimpin umpama pemandu sebuah keretapi, rakyat umpama gerabak. Jika tersilap memilih pemimpin, rakyat akan menderita.
Hari ini di seluruh dunia berlaku krisis kepimpinan, dimana sukar mencari pemimpin yang benar-benar ikhlas dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.
Pemimpin banyak dikelilingi tukang ampu dan pombodek sehingga mata pemimpin dikaburi dan hanya melihat yang seronok-seronok sahaja tentang kepimpinannya. Budaya ini amat merbahaya kerana boleh mengkhayalkan pemimpin tersebut daripada situasi sebenar.
Selepas pilihanraya ke-12 pada 8 Mac yang lalu, bermacam-macam perkara yang mengejutkan berlaku dalam senario politik negara. Sedikit sebanyak telah menyebabkan wujud kebimbangan mengenai keharmonian dalam negara.
Diharapkan pihak kerajaan akan mengambil beberapa langkah dan pendekatan yang positif supaya pelabur terus melihat wujud kestabilan politik. Pihak pembangkang juga perlu memainkan peranan, diharapkan pakatan rakyat hentikan provokasi mahu menubuhkan kerajaan baru seterusnya menggulingkan kerajaan yang ada sekarang.
Tunggulah sehingga pilihanraya umum ke-13 dan menang secara demokratik dan bermaruah. Serahkan kepada rakyat menetukannya dan hormatilah keputusan pilihanraya. Ini bagi memastikan keadaan negara terus stabil dan ekonomi terus berkembang.
Pada tahun ini akan berlaku pertandingan jawatan dalam parti UMNO. UMNO sebagai tulang belakang pemerintahan kerajaan BN sudah pasti akan menarik minat semua rakyat untuk melihat pemilihan pada tahun ini berjalan penuh dengan demokrasi.
Saya berpendapat, jika berlaku pertandingan pada pemilihan UMNO tahun ini tidak melemahkan parti jika semua pihak bertanding secara sihat. Sebab itu, pengumuman pengerusi UMNO negeri tertentu seperti Pulau Pinang, Selangor dan terbaru Melaka yang mengumumkan sebulat suara mencalonkan individu tertentu adalah tindakan tidak wajar.
Ini boleh dianggap membelangkangkan suara demokrasi dan wajar diserahkan kepada peringkat akar umbi untuk menetukan soal pencalonan. Ini kerana pemilihan peringkat cawangan bermula pertengahan Julai, bahagian pada Oktober dan nasional pada Disember ini.
Jadi ketua-ketua bahagian negeri Pulau Pinang, Selangor dan Melaka tidak wajar membuat ketatapan rasmi bersama pengerusi UMNO negeri kerana mereka juga perlu bertanding pada pemilihan peringkat bahagian.
Tunggulah selepas mesyuarat agung bahagian, barulah dikeluarkan kenyataan mencalonkan individu-individu tertentu pada pemilihan peringkat nasional. Ini barulah amalan demokrasi dan bebas daripada unsur-unsur tekanan.
Biar ahli di peringkat akar umbi menetukan calon pilihan mereka sendiri bermula daripada ketua cawangan, ketua bahagian sehingga ke timbalan presiden dan presiden UMNO.
Mereka hendaklah disedarkan bahawa pemilihan ini adalah demi negara dan boleh berkhidmat untuk negara dengan ikhlas, cekap dan berkesan. Jika ahli UMNO tersilap memilih pemimpin, meraka telah mengkhianati rakyat keseluruhannya kerana pemimpin UMNO adalah pemimpin kepada kerajaan.
Para pemimpin yang telah dipilih hendaklah mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai tanggungjawabnya dan tidak menggunakan saluran yang salah untuk menang. Saya mencadangkan pihak BPR diberi kuasa untuk menanggani gejala politik wang dan melabelkannya sebagai jenayah dan tertakluk kepada akta pencegahan rasuah.
Rakyat pada hari ini merindui seorang pemimpin yang betul-betul ikhlas berjuang dan menjalankan tugas dengan penuh amanah bagi mengangkat negara kembali bangkit dan terus maju dengan rakyat hidup sejahtera dan tidak dihimpit dengan bebanan ekonomi.
ALNORULHADI BIN AB HAMID
Kota Bharu

Monday, July 7, 2008

muhammad al-fatih

Muhammad al-Fatih

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
Muhammad al-Fatih
Muhammad al-Fatih

Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih (الفاتح) atau "si Penakluk" dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

[sunting] Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.

[sunting] Kelebihan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah

Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

[sunting] Jasa dan sumbangan

Rencana utama: Kejatuhan Constantinople

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.