Pages

Tuesday, August 19, 2008

kenalilah - akidahmu

anda boleh download e-book di sini http://www.majelisrasulullah.org/Kenalilah-Akidahmu.pdf

Permatang Pauh

anda boleh baca komen terbaru penulis di sini turunkan harga minyak 50 sen, BN pasti boleh menang

Pendapat
Turunkan harga minyak 50 sen, BN pasti boleh menang14-08-2008 12:54:01 PM
PADA 26 Ogos ini adalah tarikh pembuangan undi pada pilihan raya kecil Permatang Pauh. Ramai pemerhati politik meramalkan kerusi ini sukar bagi BN, di mana kawasan ini adalah kubu kuat PKR sejak pilihanraya umum 1999. Pada pilihanaraya umum baru-baru ini PKR melalui calonnya Dr Wan Azizah menang dengan majoriti yang selesa.
Pada 16 Ogos semua rakyat Malaysia akan tertumpu pada hari penamaan calon siapakah calon daripada BN yang akan melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Komen bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir bahawa BN tidak mempunyai calon istimewa bagi melawan bekas timbalan perdana menteri itu ada kebenarannya.
Jika sebelum ni Ezam menawarkan diri untuk melawan bekas bosnya, tetapi sudah tentu Ezam sebagai calon import sukar untuk memenangi hati pengundi. Jika Datuk Pirdaus dipilih semula sebagai calon, agak sukar kerana beliau telah tewas dua kali kepada Wan Azizah.
Jika calon tempatan seperti Ketua UMNO bahagian Permatang Pauh atau mana-mana pemimpin UMNO negeri, mereka perlu menonjolkan diri sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Sedangkan nama-nama pemimpin UMNO tempatan tidak begitu menonjol di peringkat nasional.
Sebab itu, semua pemimpin UMNO dan BN perlu melihat komen bekas perdana menteri itu dari sudut positif dan mencari formula yang benar-benar diperlukan oleh rakyat supaya mereka tidak dihukum dalam pilihanraya.Saya melihat calon istimewa daripada BN ialah 'harga minyak'.
Sekarang harga minyak di pasaran dunia telah turun sehingga $115 setong. Walaupun harga minyak dunia turun naik tetapi sejak akhir-akhir ini berlaku pola penurunan. Jadi kerajaan perlu mengumumkan penurunan harga minyak sebelum pilihanraya jika mahu memenagi pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Saya mencadangkan harga minyak diturunkan 50 sen, walaupun agak besar penurunannya tetapi kerajaan mampu melaksanakannya. Harus diingat kenaikan minyak baru-baru ini adalah tertinggi iaitu 78 sen secara sekaligus (one-off).
Kerajaan perlu mengakui bahawa cara kenaikan baru-baru ini adalah salah dan menimbulkan gangguan kepada ekonomi negara iaitu inflasi dan kenaikan harga barangan pengguna, binaan dan perkhidmatan.
Kerajaan perlu belajar daripadanya dan dasar pengurangan subsidi secara drastik tidak diterima oleh rakyat. Pengurangan subsidi atau kenaikan harga minyak perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat supaya kesan kenaikan tidak seteruk sekarang.
Kemarahan rakyat juga terkawal dan boleh menerima kewajaran tindakan kerajaan. Dasar harga minyak diselaraskan sebulan sekali juga kurang bijak dengan subsidi kerajaan sebanyak 30 sen kepada harga semasa pasaran.
Walaupun dasar ini banyak dilaksanakan di negara maju dan berjaya, tetapi harus diingat kepada kekuatan daya saing ekonomi negara mereka dan pendapatan berkapita rakyat mereka jauh lebih tinggi daripada rakyat negara kita.
Negara kita telah berkembang dengan pesat berbanding dengan membangun yang lain sebelum ini, sedangkan dasar harga minyak negara kita tidak mengikut harga pasaran dunia ataupun diselaraskan sebulan sekali.
Tetapi kenapa negara kita berkembang maju sehinggakan krisis kewangan tahun 1997 berjaya ditangani dengan bijak. Sebab itu, bagi saya jika kerajaan BN sekarang mahu mengukuhkan keaadan dan kestabilan, maka laksanakan tindakan yang popular tetapi mampu dilaksanakan.
Jika Pakatan Rakyat mendakwa akan mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 September ini dengan menjanjikan penurunan harga minyak sebanyak 70 sen, hampir kebanyakan rakyat menjadi keliru dan ramai yang mempercayainya jika Datuk Seri Anwar menang di kerusi parlimen Permatang Pauh nanti.
Sekarang rakyat begitu terhimpit dan amat perit dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini. Jika kerajaan BN menurunkan harga minyak sebelum pilihanraya, maka pengundi akan melihat kerajanan BN, kerajaan yang bertanggugjawab meringankan bebanan rakyat.
Jadi soal calon sudah tidak dipedulikan lagi samada calon istimewa atau tidak untuk memberi undi kepada BN. Jadi pada 16 September nanti, rakyat tidak perlukan lagi kerajaan baru mengambil alih, kerana kerajaan BN sekarang berjaya menurunkan harga minyak dan menguruskan hal ehwal ekonomi dengan baik.
Lagipun tindakan kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih dengan jalan belakang seperti ini tidak demokratik. Tetapi jika keadaan sekarang tidak berubah, atau penurunan harga minyak yang agak kecil dibuat tanpa unjuran yang sebenar seperti mana kenaikan harga minyak, maka soal demokratik atau tidak sudah tidak dipedulikan lagi untuk menyokong kerajaan baru mengambil alih.
Tetapi janganlah selepas pilihanraya dimenangi BN, berlaku lagi kenaikan harga minyak seperti cara kenaikan baru-baru ini, maka rakyat melihat BN telah mengkhianati janji pilihanraya dan mungkin BN akan dihukum pada pilihanraya umum nanti.
ALNORULHADI BIN AB HAMID
Kota Bharu