Pages

Thursday, May 8, 2008

9 Jenis Anak Syaitan

9 Jenis Anak Syaitan
Posted in panduan on Dec 27, 2007 at 1:24 PM



1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda
supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak
perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman
keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga
lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan
dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke
rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga
(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri,
isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan
pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk
dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

1 comment:

Dayana Balqis Bt Zainal Arifin said...

amalkan memberi salam ketika masuk ke dalam rumah walaupun tiada sesiapa di dalam rumah...ada anak syaitan yang akan ganggu rumahtangga kita....kadang2 benda remeh temeh boleh wt suami isteri gaduh...sepatutnya tak perlu gaduh benda kecil...ingatlah mungkin ada sedikit amalan yang kita lupa nak wat tapi impaknya sangat besar...
satu lagi syaitan walahaan ni slalu ganggu kita bila nak beribadat...kuatkan iman dalam hati insyaallah syaitan ni tak mampu menghasut kita.....